Bilik Seminar

Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong

Pakej Bilik Seminar

Kapasiti 100 orang sekali masuk.

RM 300
/ Hari
  • 20 Meja Bulat
  • 200 Kerusi Banquet
  • 10 Meja Panjang
  • 2 Mic Wayar
NEW

SYARAT PENGGUNAAN BILIK SEMINAR

  • Program & Kursus

  • Bilik Seminar boleh memuatkan 100 ORANG sekali masuk.

  • Penggunaan Bilik Seminar hanya dibenarkan pada hari SABTU SAHAJA.

  • Penyediaan jamuan DIBENARKAN.

  • Penggunaan Bilik Seminar bermula dari JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 4.00 PETANG.

PERATURAN-PERATURAN UMUM

  • Pakaian hendaklah kemas, sopan, menutup aurat dan memakai tudung (perempuan) semasa berada di masjid.

  • Peserta / urusetia / tetamu bukan muslim, bagi lelaki hendaklah memakai pakaian yang menutup dan bagi perempuan dikehendaki memakai tutup kepala (skaft / selendang).

  • Peserta / urusetia / tetamu dikehendaki solat berjemaah apabila tiba waktu solat.

  • DILARANG membuang sampah merata-rata

  • HENDAKLAH menutup suis lampu, penghawa dingin sebelum meninggalkan dewan serbaguna dan lain-lain bilik.

  • DILARANG melakukan aktiviti yang kurang sopan seperti melompat, berlari, menjerit, ketawa, bertepuk tangan, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan, menyanyi (muzik) dan sebagainya.

  • DILARANG berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan.

  • DILARANG merokok di dalam persekitaran masjid.

  • HENDAKLAH sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan dewan serbaguna, dan bilik-bilik yang digunakan.

  • TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang peralatan dan kemudahan di dewan serbaguna, dan bilik-bilik lain tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran masjid.

  • DILARANG menggunakan dewan selain daripada tempat yang dipohon kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran masjid.

  • DILARANG berniaga di dalam persekitaran masjid.

Scroll to Top