KEMUDAHAN

  • DEWAN SOLAT UTAMA

    Dewan Solat Utama yang boleh memuatkan sehingga 4,000 jemaah lelaki dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Utama juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MTAJ mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama, majlis pernikahan dan sebagainya.

  • DEWAN SOLAT WANITA

    Dewan Solat Wanita yang berada di Aras 1 boleh memuatkan sehingga 500 jemaah wanita dalam satu-satu masa. Selain digunakan untuk aktiviti solat berjemaah lima waktu, Dewan Solat Wanita juga turut digunakan untuk aktiviti-aktiviti lain anjuran Masjid MTAJ mahupun agensi luar seperti Solat Sunat Hajat, Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat, Tazkirah/kuliah agama dan sebagainya.

  • PERPUSTAKAAN

    Perpustakaan Masjid MTAJ yang terletak di aras 1 sehingga kini mempunyai sejumlah 3500 naskhah buku yang sesuai untuk setiap peringkat umur daripada kanak-kanak pra-sekolah, pelajar sekolah rendah dan menengah, belia/pelajar universiti/kolej, pegawai dan kakitangan kerajaan hinggalah ke jemaah Masjid MTAJ sendiri.

  • DEWAN SEBAGUNA

    Dewan Serbaguna boleh memuatkan sehingga 350 orang. Ia digunakan untuk jamuan makan bagi program/aktiviti anjuran di Masjid MTAJ. Ia disertakan dengan kemudahan penghawa dingin, kerusi dan meja makan.

  • DEWAN SEMINAR

    Dewan Seminar dilengkapi dengan 2 buah monitor yang boleh memuatkan sehingga 50 orang dalam satu-satu masa. Ia digunakan untuk mesyuarat Masjid MTAJ dan mesyuarat anjuran agensi luar sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik ini juga dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

  • BILIK KULIAH

    Bilik Kuliah boleh memuatkan sehingga 20-30 orang dalam satu-satu masa bagi setiap bilik. Ia digunakan untuk program-program pengajian Masjid MTAJ sepanjang tahun yang berjalan sama ada pada waktu siang ataupun malam setiap hari termasuk hujung minggu. Bilik Kuliah ini dilengkapi dengan kemudahan LCD dan P.A. System serta penghawa dingin.

Scroll to Top