Dewan Serbaguna
Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong
Pakej Dewan
Kapasiti 200 orang sekali masuk.
-
20 Meja Bulat
-
200 Kerusi Banquet
-
10 Meja Panjang
-
2 Mic Wayar
SYARAT PENGGUNAAN DEWAN SERBAGUNA
-
Majlis perkahwinan / Majlis Pernikahan / Majlis Aqiqah dan Majlis umum.
-
Dewan serbaguna boleh memuatkan 200 ORANG sekali masuk.
-
Penggunaan dewan serbaguna hanya dibenarkan pada hari SABTU SAHAJA.
-
Penyediaan jamuan DIBENARKAN.
-
Penggunaan dewan serbaguna bermula dari JAM 9.00 PAGI SEHINGGA JAM 4.00 PETANG.
-
Perhiasan pentas atau dewan serbaguna dibenarkan SEHARI SEBELUM majlis berlangsung.
-
Waktu hias pada hari jumaat bermula JAM 4.00 PETANG SEHINGGA 10.00 MALAM SAHAJA.
-
Pihak masjid TIDAK MENYEDIAKAN alas meja dan alas kerusi.
PERATURAN-PERATURAN UMUM
-
Pakaian hendaklah kemas, sopan, menutup aurat dan memakai tudung (perempuan) semasa berada di masjid.
-
Peserta / urusetia / tetamu bukan muslim, bagi lelaki hendaklah memakai pakaian yang menutup dan bagi perempuan dikehendaki memakai tutup kepala (skaft / selendang).
-
Peserta / urusetia / tetamu dikehendaki solat berjemaah apabila tiba waktu solat.
-
DILARANG membuang sampah merata-rata
-
HENDAKLAH menutup suis lampu, penghawa dingin sebelum meninggalkan dewan serbaguna dan lain-lain bilik.
-
DILARANG melakukan aktiviti yang kurang sopan seperti melompat, berlari, menjerit, ketawa, bertepuk tangan, berpegang tangan antara lelaki dan perempuan, menyanyi (muzik) dan sebagainya.
-
DILARANG berdua-duaan diantara lelaki dan perempuan.
-
DILARANG merokok di dalam persekitaran masjid.
-
HENDAKLAH sentiasa menjaga kebersihan dan kekemasan dewan serbaguna, dan bilik-bilik yang digunakan.
-
TIDAK DIBENARKAN menggunakan sebarang peralatan dan kemudahan di dewan serbaguna, dan bilik-bilik lain tanpa kebenaran daripada pihak pentadbiran masjid.
-
DILARANG menggunakan dewan selain daripada tempat yang dipohon kecuali dengan kebenaran pihak pentadbiran masjid.
-
DILARANG berniaga di dalam persekitaran masjid.