DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat

DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Berbuka Puasa Bersama Rakyat di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.

Pada majlis berkenaan, Baginda menyampaikan sumbangan Hari Raya kepada 70 asnaf fakir, 211 asnaf miskin dan 53 asnaf mualaf sebanyak RM500 setiap seorang.

Baginda juga berkenan menyampaikan insentif berjumlah RM10,000 kepada Johan Qari Peringkat Antarabangsa 2019 dari Selangor, Abdul Khair Jalil.

Baginda kemudian menerima pembayaran zakat perniagaan daripada enam syarikat korporat bernilai RM10.8 juta.
𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐋𝐢𝐤𝐞 & 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞!
.
Scroll to Top