20 September 2019 ~
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat ke Majlis Bacaan Yasin, Tahlil dan Doa Selamat sempena Sambutan Hari Pahlawan Peringkat Negeri Selangor 2019.
Majlis berlangsung di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Baginda diiringi DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Turut hadir, YAM Tengku Laksamana Selangor Tengku Sulaiman Shah Alhaj.
Dalam pada itu, DYMM Tuanku Sultan menzahirkan rasa dukacita terhadap bencana jerebu yang sedang membelenggu sebahagian besar negeri Selangor ketika ini, yang disifatkan Baginda akibat daripada faktor kecuaian manusia.
Disebabkan itu juga, Kerajaan Negeri Selangor terpaksa membatalkan Istiadat Meletakkan Kalungan Bunga sempena Sambutan Hari Pahlawan peringkat negeri yang sepatutnya diadakan pada 19 September lalu di Perkarangan Tugu Peringatan Negeri Selangor.
𝐉𝐚𝐧𝐠𝐚𝐧 𝐥𝐮𝐩𝐚 𝐮𝐧𝐭𝐮𝐤 𝐋𝐢𝐤𝐞 & 𝐒𝐡𝐚𝐫𝐞!
.