بِسْــــــــــــــــــمِ اﷲِالرَّحْمَنِ اارَّحِيم
DAULAT TUANKU!
Merafak Sembah Setinggi-tinggi Tahniah dan Ucapan Selamat Menyambut Ulang Tahun Hari Keputeraan Yang Ke-79 Duli Yang Maha Mulia Sultan Selangor, Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj Ibni Almarhum Sultan Salahuddin Abdul Aziz Shah Alhaj, Sultan dan Yang Dipertuan Negeri Selangor dan Jajahan Takluknya pada 11 Disember 2024 bersamaan 09 Jamadilakhir 1446H.
Semoga Allah SWT melanjutkan usia Duli Yang Maha Mulia Tuanku dalam keafiatan, dikurniakan kebahagiaan & keberkatan, serta sentiasa berada dalam lindungan Allah SWT. Semoga pemerintahan Duli Yang Maha Mulia Tuanku terus diberkati, dilimpahi rahmat, maghfirah Allah SWT dan membawa kemakmuran kepada Negeri Selangor.
DAULAT TUANKU!
Sembah Takzim Daripada:
Pihak Pengurusan,
Masjid Tengku Ampuan Jemaah,
Bukit Jelutong, Selangor.