DANA KASIH UMMAH MUSIBAH BANJIR PANTAI TIMUR DAN UTARA MALAYSIA

Assalamualaikum w.b.t.,

𝗗𝗔𝗡𝗔 𝗞𝗔𝗦𝗜𝗛 𝗨𝗠𝗠𝗔𝗛 𝗠𝗨𝗦𝗜𝗕𝗔𝗛 𝗕𝗔𝗡𝗝𝗜𝗥 𝗣𝗔𝗡𝗧𝗔𝗜 𝗧𝗜𝗠𝗨𝗥 𝗗𝗔𝗡 𝗨𝗧𝗔𝗥𝗔 𝗠𝗔𝗟𝗔𝗬𝗦𝗜𝗔
Musibah banjir yang melanda Pantai Timur dan Utara telah mengakibatkan ramai saudara kita terjejas. Mereka kehilangan tempat tinggal, harta benda, dan memerlukan bantuan segera.
Sebagai tanda solidariti dan keprihatinan, Jabatan Hal Ehwal Islam Negeri Selangor, agensi dan anak syarikat Majlis Agama Islam Selangor (MAIS), telah membuka ruang kepada anda semua untuk sama-sama menyumbang ke Dana Kasih Ummah Musibah Banjir Pantai Timur dan Utara Malaysia.
Kami mengajak semua untuk bersama-sama menghulurkan sumbangan demi meringankan beban mereka yang memerlukan. Setiap sumbangan anda, walaupun kecil, amat besar maknanya buat mereka yang sedang diuji.
📌 Maklumat Sumbangan:
💳 Akaun Bank:
Tabung Infak Jariah Umat Islam Selangor.
Maybank Islamic Berhad : 562106718620.

📍Sumbangan juga boleh dibuat di masjid dalam bentuk tunai. Tabung telah pun di sediakan di pintu-pintu masuk MTAJ.
Marilah kita bersama-sama mengambil peluang ini untuk menyumbang ke arah kebajikan dan mendapatkan ganjaran akhirat. Semoga Allah melimpahkan keberkatan dan rahmat kepada kita semua.

Scroll to Top