





Alhamdulillah, Ibadah korban di Masjid Tengku Ampuan Jemaah tahun ini membabitkan sejumlah 38 ekor lembu.
DYMM Sultan Selangor Sultan Sharafuddin Idris Shah Alhaj berkenan berangkat menunaikan Solat Sunat Aidiladha di Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Baginda diiringi DYMM Tengku Permaisuri Selangor Tengku Permaisuri Hajah Norashikin dan DYTM Raja Muda Selangor Tengku Amir Shah.
Khutbah Aidiladha bertajuk Ibadah Haji dan Eiduladha Kemuncak Zikrullah dibacakan di hadapan lebih 3,000 jemaah oleh Timbalan Mufti Selangor, YBhg. Dato’ Prof. Madya Dr. Miszairi Sitiris.
Intipati khutbah mengingatkan umat Islam supaya ikhlas melakukan ibadah korban dan berkorban pada jalan Allah sebagaimana kerelaan berkorban yang ditunjukkan Nabi Ibrahim dan Nabi Ismail.
Pihak masjid mengucapkan terima kasih kepada semua peserta korban kerana memberi kepercayaan kepada kami untuk menguruskan ibadah korban anda tahun ini.
Tahniah dan terima kasih kami dedikasikan kepada semua petugas khususnya yang bertungkus-lumus menjayakan ibadah korban kali ini. Tidak dilupakan juga kepada semua yang hadir dari setiap lapisan yang memeriahkan suasana.
Mohon kemaafan sekiranya berlaku sebarang kekurangan dan kekhilafan sepanjang pihak urus setia mengurus menjayakan program ini.
Sekian, terima kasih.
Mohon disebarkan, semoga beroleh kebaikan. Sekian, terima kasih.
.
“Mengimarahkan Masjid Adalah Tanggungjawab Kita Bersama”
Untuk makluman juga, pihak Masjid Tengku Ampuan Jemaah Bukit Jelutong amatlah berbesar hati menjemput MUSLIMIN DAN MUSLIMAT bagi menjayakan program ilmu ini. Semoga beroleh manfaat.
.
Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong, U8 Shah Alam, SDE.
WAZE : Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong
GPS : 3.0995415, 101.5393057
Facebook : MASJID TENGKU AMPUAN JEMAAH BUKIT JELUTONG
Instagram : mtajbj_official
Gmail : mtajbj@gmail.com
Website : www.mtajbj.gov.my
No tel : 03-7831 3641
Whatsapp : 011-2858 7646




