PENJELASAN JABATAN AGAMA ISLAM SELANGOR (JAIS) SUSULAN PEMBATALAN KULIAH MAGHRIB USTAZ AZHAR IDRUS DI MASJID DIRAJA TENGKU AMPUAN JEMAAH, BUKIT JELUTONG
SHAH ALAM, 24 Februari 2023 – Jabatan Agama Islam Selangor (JAIS) mengambil maklum tentang pembatalan Kuliah Maghrib Ustaz Azhar Idrus yang dijadualkan akan diadakan pada 26 Februari 2023 di Masjid Diraja Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.
Hasil semakan mendapati bahawa Ustaz Azhar Idrus tidak mempunyai tauliah mengajar tentang agama Islam di Negeri Selangor. Kuasa Majlis Agama Islam Selangor (MAIS) / JAIS adalah tertakluk kepada undang-undang dan peraturan berkuat kuasa di Negeri Selangor. Semua individu yang mengajar tentang agama Islam di Negeri Selangor perlu mematuhi undang-undang dan peraturan.
Pihak masjid / surau juga tidak boleh menjemput individu yang tidak memiliki tauliah mengajar yang diberikan di bawah Seksyen 118 Enakmen Pentadbiran Agama Islam (Negeri Selangor) 2003 Pindaan 2016.
Sekian dimaklumkan, terima kasih.
Wassalam.
(DATO’ HAJI MOHD SHAHZIHAN BIN AHMAD) D.P.M.S., P.P.T.
Pengarah,
Jabatan Agama Islam Selangor.
24 Februari 2023
#jabatanagamaislamselangor
#islamicsaviourobedience
#KitaSelangor

See less