MAJLIS POTLUCK AKHIR TAHUN GATHERING IQC 2024

Alhamdulillah selesai 𝗠𝗔𝗝𝗟𝗜𝗦 𝗣𝗢𝗧𝗟𝗨𝗖𝗞 𝗔𝗞𝗛𝗜𝗥 𝗧𝗔𝗛𝗨𝗡 𝗚𝗔𝗧𝗛𝗘𝗥𝗜𝗡𝗚 𝗜𝗤𝗖 𝟮𝟬𝟮𝟰.
Para Tenaga Pengajar dan semua Para Pelajar IQC MTAJ 2024 mengambil kesempatan untuk berkumpul dan menjalin ukhuwah melalui jamuan potluck yang penuh dengan pelbagai hidangan istimewa. Setiap juadah yang dibawa mencerminkan semangat kebersamaan dan keprihatinan masing-masing.

Kami Pihak pengurusan IQC 2024 ingin mengucapkan jutaan terima kasih kepada semua yang telah menyumbang makanan dan minuman, serta meluangkan masa untuk bersama-sama memeriahkan majlis ini.

Semoga tradisi seperti ini dapat diteruskan di masa akan datang, dan sebagai platform untuk kita mengeratkan lagi hubungan silaturahim sesama komuniti IQC MTAJ… In Shaa Allah.

Daripada,
Pihak Pengurusan IQC MTAJ 2024
Scroll to Top