𝗦𝗲𝗹𝗮𝗺𝗮𝘁 𝗠𝗲𝗻𝘆𝗮𝗺𝗯𝘂𝘁 𝗛𝗮𝗿𝗶 𝗞𝗲𝗺𝗲𝗿𝗱𝗲𝗸𝗮𝗮𝗻 𝗠𝗮𝗹𝗮𝘆𝘀𝗶𝗮 𝟮𝟬𝟮𝟰!
Semarakkan sambutan Hari Kebangsaan Tahun 2024 dengan penuh patriotik dan 𝓙𝓲𝔀𝓪 𝓴𝓮𝓶𝓮𝓻𝓭𝓮𝓴𝓪𝓪𝓷!!
𝙈𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼! 𝙈𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼! 𝙈𝙀𝙍𝘿𝙀𝙆𝘼!
.
.
.
Erti kemerdekaan sebenar pada generasi kini adalah membabitkan kemerdekaan jiwa dan minda dipupuk menerusi pembinaan jati diri yang dibentuk melalui empat aspek utama, iaitu agama, akhlak, pendidikan dan bahasa.
Sifat majmuk ialah realiti yang sepatutnya direnung dan dihayati manusia. Firman Allah SWT: “Wahai umat manusia, sesungguhnya Kami menciptakan kamu daripada lelaki dan perempuan serta Kami menjadikan kamu pelbagai bangsa dan suku supaya kamu berkenal-kenalan (dan beramah mesra antara satu sama lain). Sesungguhnya semulia-mulia kamu di sisi Allah ialah orang yang lebih takwanya antara kamu. Sesungguhnya Allah Maha Mengetahui lagi Maha Mendalam Pengetahuan-Nya (akan keadaan dan amalan kamu).” (Al-Hujurat: 13)
Matlamat terakhirnya, bukan sahaja menjadikan Muslim mencintai negara ini tetapi menjadikan mereka memahami makna serta mensyukuri nikmat menjadi Muslim di negara Malaysia yang merdeka.
Ikhlas daripada,
Seluruh warga Masjid Tengku Ampuan Jemaah, Bukit Jelutong.